Ini bagaimana teknologi kamera swafoto dibawah skrin dapat dicapai oleh Xiaomi

Semalam telah tersebar video yang berdurasi 15 saat dari Oppo menunjukkan peranti yang mempunyai teknologi kamera dibawah skrin tanpa sebarang takuk atau kamera bermotor. Disamping itu, Xiaomi juga perlihatkan satu video dengan teknologi yang sama.

Pada hari yang sama (3 Jun), Naib Presiden Kanan Xiaomi iaitu Wang Xiang menerusi laman Twitter rasmi beliau telah berkongsi gambar tentang bagaimana Xiaomi dapat mencapai teknologi kamera swafoto dibawah skrin.

Dalam perkongsian beliau di Twitter, beliau menyebut bahawa ia adalah “penyelesaian muktamad untuk Paparan Skrin Penuh yang wujud bersama kamera depan.”

“Xiaomi sedang meneroka sebarang kemungkinan untuk menyembunyikan kamera hadapan di bawah paparan,” tegasnya. “Apabila kamera selfie diaktifkan, kawasan paparan di atas kanta kamera menjadi telus dalam sekelip mata, yang membolehkan cahaya masuk.”

Pada bahagian belakang lapisan skrin, terdapat kamera 20-megapiksel yang menjadi kamera swafoto untuk peranti ini. Teknologi yang digunakan adalah jenis paparan telus melalui transmisi tinggi dan kaca reflektif yang rendah.

Xiaomi juga turut mengatakan bahawa teknologi ini dibangunkan oleh mereka sendiri tanpa bantuan Samsung atau pihak lain. Ia sememangnya teknologi yang dinantik-nantikan oleh penggemar peranti. Harap kita akan mendengar maklumat lebih lanjut mengenainya dalam masa terdekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami