Huawei ‘membatalkan’ keluaran komputer riba terbaru atas faktor sekatan dari AS

Huawei dilaporkan membatalkan keluaran komputer riba terbaru mereka atas faktor sekatan yang dikenakan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) terhadap Huawei.

Richard Yu, ketua bahagian pengguna Huawei juga mengatakan pada pihak media CNBC bahawa firma itu secara rasmi merancang untuk melancarkan produk baru siri Matebook tanpa memberi tarikh, tetapi ia sememangnya telah ditunda.

Tambahan lagi, apabila ditanya sama ada komputer riba itu boleh dilancarkan pada masa akan datang, Yu berkata ia “bergantung kepada berapa lama Senarai Entiti berada di sana.” Dia mengakui bahawa, jika Huawei berada di senarai hitam untuk masa yang lama, komputer riba itu tidak akan dapat dilancarkan.

Pembatalan keluaran komputer riba ini secara jelas adalah kerana sekatan syarikat teknologi dari AS daripada menjual produk ke Huawei. Jika melihat dari syarikat yang bekerjasama dengan Huawei, Microsoft Windowsdan Intel adalah syarikat yang bertanggungjawab membekalkan perisian dan perkakasan terhadap komputer riba Huawei.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami