Uber akan menghantar makanan menggunakan drone

Menerusi laporan terkini, Uber Eats (perkhidmatan penghantaran makanan) akan mula menghantar makanan melalui Drone pada penghujung tahun ini. Ujian ini telah dilakukan sejak bulan Mei yang lepas.

Selama berbulan juga Uber bekerjasama dengan McDonald bagi mengusahakan bungkusan penyimpanan burger yang kekal utuh, kentang goreng yang masih panas, dan ais krim yang kekal sejuk semasa proses penghantaran.

Penghantaran makanan ini akan mengambil masa 7 minit untuk jarak dalam lingkungan 2.5 kilometer dan ternyata ia menjimatkan masa yang diambil untuk menghantar jika dibandingkan dengan penghantaran biasa. Tambahan lagi, ia juga turut hadir dengan bungkusan khas untuk mengekalkan suhu yang panas semasa proses penghantaran. 

Bagaimanakah perkhidmatan ini akan berfungsi?

Jawapannya, selepas sebuah restoran meletakkan makanan ke dalam sebuah drone untuk penghantaran, notifikasi akan keluar dan memberitahu (notify) pemandu Uber Eats yang berdekatan tentang lokasi drop-off yang ditetapkan. Pemandu akan mengambil dan menyerahkan makanan kepada pelanggan dengan cara yang sama dengan perkhidmatan yang sedang beroperasi.

Uber juga berkata, pada masa hadapan mereka ingin mendaratkan drone di atas kenderaan yang diletakkan berhampiran lokasi penghantaran “melalui korespondensi kod QR.”

San Diego adalah bandar pertama yang dipilih oleh Uber Eats untuk menikmati perkhidmatan penghantaran makanan melalui Drone dengan kos penghantaran yang masih sama seperti penghantaran biasa.

(Sumber)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami