Siri terbaru Sony EXTRA BASS™ dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM199

Sony Malaysia hari ini telah melancarkan pembesar suara (speaker) tanpa wayar EXTRA BASS™ terbaru mereka hari ini dengan pilihan 4 model iaitu SRS-XB12, SRS-XB22, SRS-XB32 dan pembesar suara yang berkuasa tinggi GTK-XB72.

Untuk bahagian teknologi pembesar suara, XB22 dan XB32 mempunyai dwi pasif radiator yang bekerjasama dengan bunyi stereo bagi menghasilkan nada rendah dan memberi bunyi bass yang lebih baik dengan saiz yang kompak.

Manakala XB12 hanya menggunakan satu pasif radiator dan mampu mencapai bunyi yang hampir sama. Ia juga mempunyai mod LIVE SOUND dengan teknologi pemprosesan isyarat digital yang boleh diserasikan sehingga 100 LIVE SOUND untuk memberikan pengalaman seperti konsert buat pendengar.

Selain itu, XB22 dan XB32 juga turut hadir dengan fungsi Party Booster. Dimana bila anta menyentuhnya, ia akan keluar lampu yang unik mengikut lenggokan muzik yang dimainkan.

Untuk ketahanan yang lebih optimum semasa mendengar muzik, kesemua pembesar suara ini juga mempunyai pengesahan pengiktirafan IP67 yang kalis air dan kalis debu. Tambahan lagi, XB32 dan XB22 juga kalis dari karat dan tahan jika jatuh (shockproof). Ia juga mempunyai ketahanan bateri sehingga 24 jamdengan rekabentuk yang kompak dan mudah dibawa kemana sahaja.

Harga rasmi yang ditawarkan di Malaysia untuk SRS-XB12 adalah bermula RM199, SRS-XB22 dengan harga RM419, SRS-XB32 dengan harga RM619, dan GTK-XB72 dengan harga RM1,499.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami