Ura-ura tentang ‘Huawei Mate 30’ setakat ini : Skrin, Bateri dan Rekaan

Beberapa bulan sahaja lagi, Huawei bakal perkenalkan peranti terbaru mereka siri Mate yang terbaru iaitu siri Mate 30 yang mungkin akan hadir dengan pilihan 3 variasi seperti Mate 20 tahun lepas.

Mengikut laporan ura-ura yang terbaru, terdapat beberapa info mengatakan bahawa Huawei Mate 30 Pro bakal menggunakan skrin jenis AMOLED yang bersaiz 6.71-inci dan mempunyai sokongan kadar segar semula (fresh rate) 90Hz.

Bahagian kamera utama, jika melihat dari gambar ura-ura. Ia mungkin akan dibekalkan dengan 4 modul kamera yang berlainan dengan fungsi yang lebih baik berbanding yang diperkenalkan pada P30 Pro. 100x kali Zoom mungkin? Kamera hadapan pula, mungkin akan mempunyai rekaan dwi-kamera berlubang seperti Samsung Galaxy S10+ yang terletak dibahagian kiri.

Pada bahagian lain, Mate 30 Pro juga mungkin akan dikuasakan dengan cip pemprosesan HiSilicon Kirin 985yang disokong dengan teknologi modem Balong 5000 5G. Selain itu, ia juga mempunyai kuasa bateri sebesar 4,200mAh dengan pengecasan pantas 55W. 

Siri Huawei Mate 30 dijangka akan dilancarkan pada bulan Oktober tahun ini. Buat masa ini belum ada tarikh yang ditetapkan. Tambahan lagi, tiada kepastian lagi sama ada Hongmeng OS turut dilancarkan pada pelancaran yang sama atau tidak. Harap kita akan mendengar lebih info tentangnya dalam masa terdekat ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami