Menang kereta Proton Iriz Edisi Khas dengan Razer Pay!

Razer Pay adalah antara nama baru dalam dompet digital di Malaysia jika dibandingkan dengan Boost dan Touch n’ Go. Razer Pay menawarkan dompet digital yang boleh membuat pembayaran terus melalui peranti mudah alih dan boleh dipautkan bersama kad kredit anda dengan pelbagai promosi.

Pada acara khas Malaysia Tech Week 2019 yang diadakan semalam, Razer Pay telah perkenalkan promosi baharu. Anda boleh menangi sebuah kereta Proton Iriz edisi khas Razer dengan membuat transaksi dan pembayaran di Razer Pay.

Anda boleh muat turun aplikasi Razer Pay di App Store (Apple) atau di Play Store (Android). Tambah nilai melalui aplikasi Razer Pay dan buat pembayaran atau pembelian di kedai Starbucks, 7-Eleven, Razer Gold atau dalam aplikasi Celcom Xpax.

Hadiah Proton Iriz edisi khas Razer ini adalah terhad kepada 1 pemenang sahaja. Pertandingan ini bermula 18 Jun 2019 sehingga 30 Jun 2019. Lebih info lanjut, layari portal rasmi Razer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami