Apple mungkin akan memilih negara Malaysia sebagai pengeluar

Umum sedia maklum bahawa China adalah negara pengeluar rasmi buat produk keluaran Apple seperti iPhone, MacBook, iPad, EarPods dan pelbagai lagi oleh syarikat yang dipertanggungjawabkan iaitu Foxconn.

Pada laporan yang dibuat oleh Nikkei Asian Review pada Rabu lepas, Apple dilaporkan meminta pembekal utama mereka untuk menilai implikasi kos terhadap pengeluaran mereka dalam lingkungan 15% – 30% pengeluaran produk Apple dari China ke Asia Tenggara.

Dalam pertimbangan ini, Malaysia adalah salah satu negara yang menjadi pilihan mereka. Selain itu, Mexico, India, Vietnam, dan Indonesia juga turut dalam senarai negara yang sedang dipertimbangkan. Tambahan lagi, Vietnam dan India adalah dua negara yang menjadi kegemaran pengeluar peranti. 

Minggu lalu, ketika Presiden Donald Trump mengancam untuk mengenakan tarif tambahan ke atas import China bernilai $300 bilion, Foxconn berkata ia mempunyai kapasiti yang mencukupi di luar China untuk memenuhi permintaan Apple di pasaran Amerika sekiranya syarikat itu perlu menyesuaikan barisan pengeluarannya.

Penganalisis di Wedbush Securities juga turut berkata dalam senario kes terbaik, Apple mungkin boleh bergerak 5% – 7% daripada pengeluaran iPhone mereka ke India dalam 12 hingga 18 bulan akan datang.

(Sumber)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami