Oppo bakal melancarkan teknologi ‘kamera dibawah skrin’ pertama didunia pada 26 Jun ini

Pada awal Jun yang lepas, Oppo telah perlihatkan pada umum menerusi Twitter rasmi Oppo tentang video telefon pintar Oppo yang menggunakan teknologi kamera dibawah skrin seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Menerusi laman sosial terkenal di China iaitu Weibo, Oppo menunjukkan poster pelancaran peranti terbaru mereka pada 26 Jun ini pada acara MWC 2019. Jika dilihat dengan teliti, jelas bahawa ia adalah peranti yang dilengkapi dengan kamera dibawah skrin seperti yang ditunjukkan oleh Oppo sebelum ini.

Walaupun Samsung pada awalnya yang diketahui sedang membina teknologi kamera dibawah skrin, namun Oppo dan Xiaomi dilihat telah menunjukkan teknologi mereka lebih awal. Dengan laporan ini, sekaligus Oppo menjadi peranti pertama yang mempunyai teknologi kamera dibawah skrin yang bakal dilancarkan secara rasmi.

Teknologi kamera dibawah skrin ini adalah penyelesai masalah untuk mencapai skrin penuh tanpa sebarang takuk atau kamera bermotor. Ia adalah teknologi kamera yang tidak dapat dilihat pada paparan skrin. Namun bila ia ingin digunakan, kamera swafoto tetap akan berfungsi tanpa menggangu paparan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami