Ini bagaimana rupa komponen dalam Xiaomi Mi 9T

Umum sedia maklum bahawa Xiaomi Malaysia telah melancarkan Mi 9T secara rasmi pada 20 Jun yang lepas dengan harga bermula RM1,199. Malangnye tiada Mi 9T Pro dilancarkan pada acara tersebut.

Seperti yang dijangka sebelum ini, Xiaomi Mi 9T hadir dengan rekaan yang sama seperti Redmi K20 yang dipasarkan di pasaran China. Mi 9T dan Redmi K20 kedua-duanya dikuasakan dengan Snapdragon 730. Manakala Mi 9T Pro dan K20 Pro dikuasakan dengan Snapdragon 855.

Dalam pada itu, menerusi Twitter rasmi Xiaomi mereka telah kongsikan video komponen bahagian dalam Xiaomi Mi 9T atau lebih sinonim digelar sebagai ‘teardown’. Dapat lihat setiap komponen tersusun rapi, modul kamera pop-naik dan pelbagai komponen penting juga diperlihatkan.

Hatta, dapat lihat juga saiz bateri 4000mAh yang ditempatkan dibahagian tengah dan sambungan NFC dibahagian atas bateri. Pada bahagian lain, terdapat juga modul kamera utama 48MP f/1.8, 26mm (wide) + 8MP f/2.4 53mm (telephoto) + 13MP f/2.4, 12mm (ultrawide) dan modul sensor pengimbas cap jari dibawah skrin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami