Siri Honor 9X akan dikuasakan dengan cip pemproses Kirin 810

Pada 21 Jun yang lepas, Huawei secara rasmi telah melancarkan siri Nova 5 yang terbaru dengan pilihan 3 model yang mempunyai cip pemproses yang berbeza dalam kelasnya.

Pada pelancaran berikut, Huawei telah perkenalkan Nova 5 dengan cip pemproses Kirin 810 (7nm) iaitu cip pemproses buat peranti kelas pertengahan. Kirin 810 adalah pengganti kepada Kirin 710 yang sebelum ini digunakan buat Honor 8X yang dilancarkan pada tahun lepas.

Selepas pelancaran berikut, pihak Honor telah mengumumkan bahawa cip pemproses Kirin 810 bakal dikuasakan buat siri Honor X yang terbaharu. Ini bermakna, Honor 9X adalah siri baru Honor X yang bakal dikuasakan dengan cip pemproses Kirin 810.

Menurut informasi sebelum ini juga, siri Honor mungkin akan hadir dengan 2 pilihan iaitu Honor 9X dan Honor 9X Pro. Namun setakat ini belum ada tarikh rasmi dan spesifikasi lain yang dikongsikan oleh pihak Honor. Apa pun, sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami