IdeaPad L340 dan siri Lenovo Legion terbaru dilancarkan di Malaysia

Lenovo secara rasmi telah melancarkan barisan komputer riba yang berasaskan permainan (gaming) terbaharu. Ia adalah Lenovo Legion Y740Y540Y44w dan juga Lenovo IdeaPad L340.

Untuk bahagian spesifikasi, Lenovo Legion Y740 hadir dengan skrin bersaiz 15-inci dengan berat 2.2KG. Pada bahagian prestasi,  ia dikuasakan dengan cip pemproses Intel Core i7-8750H Generasi ke-8 dengan pilihan kad grafik sehingga NVIDIA® GeForce RTX 2070 Max-Q dan mempunyai paparan 144Hz untuk kelancaran bermainan permainan (Game).

Manakala Lenovo Legion Y540 pula hadir dengan skrin bersaiz 15-inci dengan berat 2.3KG dan cip pemproses Intel Core i7-9750H Generasi ke-9. Ia juga turut hadir dengan kad grafik NVIDIA®GeForce RTX 2060 dan juga mempunyai pembesar suara Harmon Kardon dengan sokongan Dolby Atmos untuk memberi pengalaman lebih baik semasa bermain permainan (Game).

Buat IdeaPad L340, ia adalah pilihan yang lebih murah dengan tawaran spesifikasi yang agak baik. Hadir dengan skrin yang juga bersaiz 15-inci dengan berat 2.19KG. Cip pemproses Intel Core i5-9300H Generasi ke-9 dan kad grafik NVIDIA®GeForce GTX 1050. Ia tiada paparan 144Hz seperti Lenovo Legion Y740, tapi hanya menggunakan paparan 60Hz.

Selain pada itu, Lenovo juga turut lancarkan skrin monitor melengkung (curved) yang bersaiz 43.4-inci iaitu Lenovo Legion Y44w dengan pengesahan DisplayHDR™ 400 dan teknologi AMD FreeSync™ 2. Tambahan lagi, ia juga mempunyai resolusi 3840 x 1200 dan paparan 144Hz.

Harga yang ditawarkan di Malaysia :

  • Legion Y740 = RM7,523
  • Legion Y540 = RM3,699
  • IdeaPad L340 = RM2,999
  • Legion Y44w = RM3,999

Anda juga boleh mendapatkannya di laman web rasmi Lenovo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami