Vivo mengumumkan pengecasan pantas FlashCharge 120W, Teknologi 5G dan AR Glass

Vivo hari ini pada acara khas MWC 2019 yang diadakan di Shanghai dengan tema ‘Intelligent Connectivity’ telah mengumumkan beberapa teknologi baharu dan menunjukkan komitmennya untuk memperkasakan pengalaman mudah alih buat generasi akan datang.

Pada pengumuman hari ini, Vivo telah menunjukkan telefon pintar iQOO yang mempunyai teknologi 5Gdengan pengecasan pantas 120W yang pertama didunia. Hatta, Vivo juga telah menunjukkan iklan video komersial telefon pintar dengan teknologi 5G. Ia juga adalah iklan komersial 5G yang pertama dipertontonkan pada umum.

Telefon pintar iQOO 5G ini juga dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 855 yang disambungkan dengan modem X50 seperti telefon pintar 5G paling terkini. Teknologi 5G memerlukan empat antena, dari dua untuk 4G. Digabungkan dengan Bluetooth dan Wi-Fi dengan jumlah keseleruhan lapan antena. Ia juga agak mencabar untuk mencari ruang untuk mereka dan mencegah gangguan.

Selain telefon pintar 5G ini juga, Vivo turut perkenalkan kaca mata pintar AR Glass, jam pintar (smartwatch), fon kepala pintar, dan pelbagai lagi teknologi lain yang turut diperkenalkan pada acara khas MWC Shanghai.

Apa yang menarik dengan kaca mata pintar AR Glass ini, ia menyokong dwi-skrin dan teknologi 6DoF. Selepas sambungkan kepada telefon pintar 5G, pengguna boleh merasai pengalaman pelbagai aplikasi seperti permainan AR, video HD 3D, pengiktirafan wajah dan pengiktirafan objek di Vivo AR Glass.

Naib Presiden Kanan Vivo, Spark Ni juga turut mengatakan bahawa “Misi Vivo sentiasa mengembangkan produk yang inovatif untuk memberikan pengalaman buat pengguna, dengan peranti pintar dan perkhidmatan pintar sebagai teras perniagaan kami. Kami berharap melalui pengenalan strategi dan inovasi baru, kami benar-benar dapat memberi kesan yang besar dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat dan masyarakat secara keseluruhan.”

Vivo Super FlashCharge 120W merupakan satu inovasi yang tampak inovatif yang juga turut dipamerkan di MWC Shanghai. Ia adalah teknologi pengecasan pertama dalam industri dengan kuasa pengecasan sehingga 120W. Mempunyai watt pengecasan paling tinggi setakat ini berbanding Xiaomi 100W dan Oppo 50W.

Super FlashCharge 120W mempunyai teknologi pam caj baru dengan kabel data Type-C dan pengisian kuasa 120W ultra tinggi (20V / 6A). Menurut data dari ujian makmal, Vivo Super FlashCharge 120W hanya mengambil masa 5 minit untuk mengecas bateri 4,000mAh dari 0 hingga 50%, dan boleh mengecas telefon pintar penuh 100% dalam masa 13 minit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami