Xiaomi Mi 9T habis dijual dalam masa 2 jam sahaja!

Xiaomi Mi 9T adalah telefon pintar yang baru sahaja dilancarkan pada 20 Jun yang lepas. Ia memfokuskan pada peranti kelas pertengahan dengan tawaran spesifikasi yang berbaloi dan rekaan yang premium.

Pada pelancaran rasmi yang lepas, Xiaomi telah membuka jualan secara pra-tempahan yang bermula 20 Jun hingga 24 Jun buat varian Mi 9T 6GB RAM 64GB Storan dengan harga RM1,099. Diskaun RM100 dari harga asal.

Menerusi perkongsian Xiaomi hari ini, pra-tempahan berikut telah pun habis dijual dengan jumlah keseluruhan 75,000 unit yang terjual dalam masa 2 jam sahaja! Dalam pada itu juga, Xiaomi turut memilih 7 pemenang bertuah untuk memenangi Xiaomi Mi 9T.

Hari ini juga Mi 9T 6GB RAM 64GB Storan telah mula dijual di laman web rasmi Lazada dengan harga biasa iaitu RM1,199. Manakala Mi 9T 6GB RAM 128GB Storan akan mula dijual pada 29 Jun ini di Mi Store yang berdekatan anda dengan harga RM1,399.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami