Donald Trump mengalah — Berita baik buat Huawei

Sebelum ini pelbagai isu yang terpalit antara kerajaan AS, syarikat teknologi AS dan Huawei sejak bulan Mei yang lepas. Ia termasuk pengharaman Huawei di AS dan sekatan kerjasama syarikat AS. Sememangnya ia adalah berita buruk buat pengguna Huawei di seluruh dunia masa itu. Pelbagai keraguan dan andaian mula timbul.

Semasa sidang media yang diadakan di Osaka, Jepun hari ini Trump telah mengeluarkan kenyataan bahawa “Syarikat AS boleh menjual peralatan mereka ke Huawei. Tidak ada masalah kecemasan nasional yang besar”. Secara jelas bahawa beliau telah mengesahkan Huawei boleh membeli bekalan dari syarikat yang berpangkalan di AS tanpa sebarang sekatan.

Tambahan lagi, beliau juga turut mengatakan bahawa “Saya berkata ia OK, bahawa kami akan terus menjual produk itu, ia adalah syarikat Amerika yang membuat produk ini. Itu sangat rumit, walaubagaimanpun” kata Trump. “Saya telah bersetuju untuk membenarkan mereka terus menjual produk itu supaya syarikat-syarikat Amerika akan berterusan.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami