Rekaan Samsung Galaxy Note 10 Tesla adalah palsu

Minggu lalu telah tersebar gambaran Samsung Galaxy Note 10 yang bercirikan jenama kenderaan elektrik terkenal di dunia iaitu Tesla atau lebih mudah disebut sebagai model edisi khas Galaxy Note 10 Tesla. 

Mengikut beberapa sumber yang seringkali mempunyai informasi yang tepat sebelum tarikh pelancaran sesebuah peranti, rekaan yang ditunjukkan kemungkinan besar adalah benar. Cuma warna dan ciri Tesla yang disertakan adalah palsu kerana ia adalah rekaan (render) semata-mata. Malah, tiada pengumuman rasmi dari Tesla atau Samsung.

Siri Galaxy Note 10 juga dilaporkan akan dilancarkan secara rasmi pada acara khas Samsung Unpacked pada 7 Ogos tahun ini. Tambahan lagi, Samsung dijangka akan perkenalkan 2 varian iaitu Galaxy Note 10 dan Galaxy Note 10 Pro.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami