Black Shark 2 Pro tak banyak perbezaan dari Black Shark 2?

Oleh : Kamarul Afiq

Pada awal tahun ini, Black Shark telah pun melancarkan Black Shark 2 secara rasmi sebagai pengganti kepada Black Shark Helo. Rekaan Black Shark 2 cukup ranggi dan ekstrem. Dan sudah tentu, prestasinya juga menjanjikan kemenangan tanpa kompromi. Prestasi yang cukup padu!

Pada bulan Julai pula, Black Shark 2 Pro pula dilancarkan — tidak sampai 6 bulan selepas pelancaran Black Shark 2. Mungkinkah untuk ‘menjawab panggilan’ kehadiran cip pemproses Snapdragon 855+?

Tidak banyak perubahan yang berlaku daripada Black Shark 2 kepada Black Shark 2 Pro. Rekaan ikonik Black Black 2 masih dikekalkan, dan hanya ada sedikit sahaja perbezaan dari segi rekaan.

Dari segi kamera pula, ternyata Black Shark 2 Pro jauh mengatasi Black Shark 2. Black Shark menghadapi masalah untuk memfokus subjek dengan tepat. Hal ini sudah dibaiki pada Black Shark 2 Pro. Dan Black Shark 2 Pro juga mampu menyokong resolusi 4K 60 fps, yang tidak mampu dilakukan oleh Black Shark 2.

Sebenarnya, tiada perubahan ketara pun pada Black Shark 2 Pro. Nama “Pro” tersebut selayaknya diletak sekiranya Black Shark 2 Pro mempunyai penaiktarafan yang lebih besar — contohnya kenaikan kapasiti bateri, peningkatan kelantangan audio, dan bezel yang lebih nipis misalnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami