Sah! Google Pixel 4 akan dilancarkan pada 15 Oktober ini

Sejak kebelekangan ini pelbagai sudah maklumat yang tertiris mengenai peranti terbaru dari Google iaitu siri Google Pixel 4. Dari segi rekaan badan, fungsi baharu dan kamera. Sudah banyak tersebar di arena web.

Dan kini Google telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan siri Google Pixel 4 pada 15 Oktober ini yang bertempat di New York, AS. Kami menjangkakan pelbagai produk Made by Google yang akan diperkenalkan seperti Google Pixel 4, Pixel 4 XL, Pixelbook 2 dan beberapa lagi peranti baharu.https://youtu.be/KnRbXWojW7c

Antara fungsi baru pada Google Pixel 4 yang telah dikongsikan oleh Google sendiri adalah keupayaan sensor baru dengan teknologi cip soli yang membolehkan pengawalan gestur menggunakan tangan tanpa menyentuhnya apabila berdekatan dengan telefon dan fungsi pengimbas wajah seperti Apple Face ID.

Dan antara spesifikasi yang tertiris adalah kedua-duanya mungkin akan dengan cip pemproses Snapdragon 855, disebalik Snapdragon 855+ yang memfokuskan kepada prestasi permainan mudah alih. Pilihan storan 64GB atau 128GB untuk pasaran AS dan 6GB RAM yang lebih besar berbanding siri Pixel 3 hanya 4GB RAM.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami