Huawei Mate 30 dan Mate 30 Pro kini rasmi – Dikuasakan dengan Kirin 990 dan pelbagai teknologi baharu

Pada acara khas Huawei yang diadakan di Munich, German hari ini, akhirnya siri Huawei Mate 30 telahpun rasmi dilancarkan dengan 4 pilihan model berlainan iaitu Huawei Mate 30, Mate 30 Pro, Mate 30 Pro 5G dan Mate 30 RS Porsche Design. Kesemua model ini dikuasakan dengan cip pemproses Kirin 990.

Pelbagai pembaharuan teknologi yang dibawakan pada siri Mate 30 kali ini. Antara fokus utama pada siri kali ini adalah pada keupayaan kamera, paparan skrin, rekabentuk, pengecasan dan ekosistem Huawei itu sendiri.

Huawei Mate 30

Mempunyai skrin OLED bersaiz 6.62-inci dengan resolusi 1080 x 2340 piksel yang menyokong HDR 10 dan DCI-P3. Dari segi bentuk skrin, ia masih mengekalkan takuk dan paparan panel skrin biasa tiada lengkung.

Dan untuk siri Mate 30 sudah tentu ia tertumpu pada bahagian kamera yang mempunyai quad-kamera 40MP f/1.8 SuperSensing Wide, 16MP f/2.2 Ultra-lebar, 8MP f/2.4 telefoto bersama OIS dan satu lagi sensor Laser Fokus. Dan seperti yang tertiris, ia menggunakan rekaan kamera berbentuk bulat.

Antara keupayaan kamera lain seperti ISO sehingga 204800, 3x kali optikal zoom, 35x kali digital zoom dan45x kali jarak zoom. Pada bahagian hadapan, mempunyai kamera swafoto 24MP.

Mempunyai bateri sebesar 4200mAh bersama pengecasan pantas berwayar 40Wpengecasan tanpa wayar 27W dan juga boleh digunakan untuk mengecas peranti lain dengan 3x kali lebih laju berbanding Huawei Mate 20 Pro. 

Huawei Mate 30 Pro

Manakala buat Huawei Mate 30 Pro, spesifikasi yang digunakan boleh dikatakan hampir sama seperti Mate 30. Perbezaan paling ketara adalah bahagian skrin. Mate 30 Pro menggunakan jenis skrin OLED ‘Horizon Display’ yang bersaiz 6.53-inci yang melengkung pada bahagian sisi.

Paparan Mate 30 Pro juga mempunyai resolusi 1176 x 2400 piksel, hadir dengan fungsi baru yang digelar sebagai Always On Display dan ia peranti ini juga menyokong M-Pen yang mampu mengesan 4,096 tahap tekanan.

Untuk bahagian kamera, Mate 30 Pro hadir dengan quad-kamera 40MP f/1.6 SuperSensing Wide, 40MP f/1.8 Ultra-lebar Cine, 8MP f/2.4 telefoto bersama OIS dan satu lagi sensor 3D Depth Sensing. 

Antara keupayaan kamera lain seperti ISO sehingga 409600, 3x kali optikal zoom, 35x kali digital zoom dan45x kali jarak zoom, Pro Bokeh dan Dwi OIS + AIS. Huawei juga turut mengatakan bahawa peranti ini mempunyai keupayaan merakam video 4K dengan 60fps dan slo-mo dengan kelajuan sehingga 7680fps jika merakam 720p. Dan kamera swafoto 32MP RGB + 3D Depth.

Menariknya tentang Mate 30 Pro lagi, ia mempunyai bateri sebesar 4500mAh, pengecasan pantas 40W dan pengecasan tanpa wayar 27Wkawalan gestur tanpa sentuh skrin, pengimbas cap jari di skrin, Invisible Virtual Key (sentuh dibahagian tepi skrin) dan pelbagai teknologi AI yang diintegrasikan untuk kegunaan privasi.

Mate 30 Pro juga akan didatangkan dengan 3 jenis pilihan model iaitu Mate 30 Pro versi biasa dengan panel belakang kaca, Mate 30 Pro versi Vegan Leather dan Mate 30 Pro versi teknologi 5G.

Harga jualan :

  • Mate 30 8GB + 128GB : EURO 799 (~RM3,701)
  • Mate 30 Pro 8GB + 256GB : EURO 1,009 (~RM5,091)
  • Mate 30 Pro 5G 8GB + 256GB : EURO 1,119 (~RM5,555)

Seperti biasa, harga tukaran wang asing semasa tidak akan sama seperti harga jualan rasmi di Malaysia nanti. Harga jualan di Malaysia akan jauh lebih murah berbanding harga jualan di eropah.

Antara perkara yang ramai tertunggu-tunggu adalah mengenai sistem operasinya. Ya, siri Huawei Mate 30 masih menggunakan sistem operasi Android dan ia akan hadir dengan Android 10 dan EMUI 10. Akan tetapi sokongan terhadapn perkhidmatan Google agak samar.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami