OnePlus 7T akan hadir dengan pengecasan WARP Charge 30T – 27% lebih pantas

Beberapa hari saja pelancaran rasmi siri OnePlus 7T, kita sudah dengar pelbagai maklumat tentang yang telah tertiris tentang peranti itu. Malah rekaan OnePlus 7T juga telahpun disahkan oleh CEO OnePlus, Pete Lau.

Kini terdapat pula maklumat tentang teknologi pengecasan baharu yang akan digunakan pada OnePlus 7T iaitu WARP Charge 30T yang dikhabarkan mempunyai 27% lebih pantas berbanding WARP Charge sebelum ini.

Dalam satu kenyataan beliau pada TechRadar telah menyebut bahawa “Kami percaya yang WARP Charge 30T akan menawarkan penyelesaian pengecasan yang terbaik untuk kegunaan pada dunia sebenar. Anda boleh mengecas fon dengan 23% lebih pantas, walaupun sedang menggunakan fon.” 

Beliau juga turut mengatakan bahawa pengecasan yang terbaru ini berbeza dari pengecasan yang diperkenalkan oleh pesaing OnePlus. Apa pun sama-sama kita nantikan bagaimana keupayaan dan kepantasan pengecasan ini pada 26 September nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami