Xiaomi perkenalkan fungsi ‘Family Sharing’ yang akan hadir pada MIUI 11

Buat sistem operasi terbaru MIUI 11, Xiaomi telah mendedahkan beberapa perkara terbaru yang akan hadir pada MIUI 11 termasuk fungsi mengesan gempa bumi dan ruang kanak-kanak.

Kini Xiaomi mendedahkan satu lagi fungsi baru yang digelar sebagai ‘Family Sharing’ (perkongsian keluarga). Jika melihat dari nama yang digunakan, fungsi perkongsian keluarga ini mungkin akan sama seperti yang digunakan pada iOS. Dimana pengguna boleh berkongsi pembelian aplikasi, lagu, lokasi dan lain-lain sesama mereka.

Akan tetapi perkongsian keluarga yang bakal diperkenalkan pada MIUI 11 dilihat lebih menarik apabila ia mempunyai keupayaan mengesan ahli keluarga setiap masa, ibu bapa boleh mengawal penggunaan aplikasi, dan akan bersambung dengan fungsi ruang kanak-kanak untuk ibu bapa mengawal anak-anak mereka ketika menggunakan peranti.

MIUI 11 juga turut akan dilancarkan pada 24 September ini disamping pelancaran rasmi Xiaomi Mi MIX 4 dan Mi 9 Pro.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami