Kemaskini iPadOS dan iOS 13.1 dilepaskan buat pengguna di Malaysia bermula hari ini

Pada 20 September yang lepas, iOS 13 telah mula dilepaskan buat semua pengguna iPhone di Malaysia dan kira-kira ramai yang sudah kemaskini iPhone mereka dengan iOS 13 yang mempunyai kepelbagaian fungsi baharu.

Seperti anda semua maklum, iPad tidak lagi menggunakan iOS kerana ia telah diasingkan menjadi iPadOS, sekaligus iPad mempunyai sistem operasinya yang tersendiri. Kini iPadOS telah dilepaskan buat semua pengguna iPad di Malaysia kemaskini.

Disamping itu, iOS 13.1 juga turut dilepaskan sebagai penaiktarafan daripada iOS 13 yang dilepaskan pada 20 September yang lalu. Untuk kemaskini iOS dan iPadOS secara OTA, pastikan peranti anda mempunyai kapasiti bateri yang tinggi, digalakkan sambil cucuk cas dan mempunyai sambungan WiFi yang kuat.

iPad yang menyokong iPadOS :

  • iPad Pro 10.5-inci 
  • iPad Pro 9.7-inci 
  • iPad Pro 11-inci 
  • iPad Pro 12.9-inci
  • iPad Air 2
  • iPad Air 3 
  • iPad Gen-5 
  • iPad Gen-6
  • iPad Gen-7
  • iPad Mini 4
  • iPad Mini 5

iPhone yang menyokong iOS 13.1 :

  • iPhone SE
  • iPhone 6s
  • iPhone 6s Plus
  • iPhone 7
  • iPhone 7 Plus
  • iPhone 8
  • iPhone 8 Plus
  • iPhone X
  • iPhone Xr
  • iPhone Xs
  • iPhone Xs Max
  • iPhone 11
  • iPhone 11 Pro
  • iPhone 11 Pro Max

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami