iPhone 2020 mungkin akan mempunyai rekaan bingkai seperti iPhone 4

Jika kita melihat kembali rekaan iPhone X dan iPhone Xs, tiada banyak langsung perubahaan rekaan badan yang diperkenalkan. Hanya pembaharuan warna Emas pada iPhone Xs. Manakala buat iPhone 11 Pro, ia sedikit berbeza pada bahagian kamera, kesan badan belakang dan logo Apple yang diubah pada bahagian tengah.

Kini menerusi penganalisi Apple yang terkenal iaitu Ming-Chi Kuo, beliau berpendapat bahawa Apple mungkin mengubah lagi rekaan iPhone 2020 dengan menggunakan rekaan bingkai seperti iPhone 4 yang diperkenalkan pada tahun 2010 dan antara iPhone terakhir dicipta bersama mendiang Steve Jobs.

We predict that the new 2H20 iPhone design will change significantly […] The metal frame and the front and rear 2/2.5D glass are still used, but the metal frame surface will be changed to a similar design to the iPhone 4, replacing the current surface design.” katanya.

Insan yang bertanggungjawab terhadap rekaan iPhone 4 tidak lain tidak bukan adalah Jony Ive yang cukup sinonim dengan rekaan yang minimal dan antara orang paling rapat dengan Steve Jobs. Dan kini beliau tidak lagi bekerja dengan Apple. 

Rekaan yang dibawakan pada iPhone 4 agak unik kerana ia menggunakan bingkai yang hanya dibahagian tengah. Manakala bawah dan atas adalah panel kaca. Berbeza dengan rekaan iPhone 11 Pro, dimana bahagian bingkai melebihi panel kaca atas dan bawah.

Selain pada itu juga, Kuo percaya bahawa iPhone 2020 Apple mungkin akan perkenalkan saiz iPhone yang sedikit berbeza berbanding tahun ini iaitu bersaiz 5.4-inci, 6,7-inci dan 6.1-inci yang menggunakan panel OLED. Dan seperti yang telah dilaporkan sebelum ini juga, iPhone 2020 mungkin akan hadir bersama teknologi 5G.

(Sumber)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami