5 Apps ‘Digital Marketing’ Terbaik 2020 (Bahagian 1)

2020 adalah tahun norma baharu. Kita mungkin tidak dapat meneruskan norma perniagaan secara langsung seperti sedia kala dalam tempoh yang lama selepas ini.

Maka mahu tidak mahu, pilihan terbaik yang kita ada adalah pasaran digital atau digital marketing.

Sebenarnya banyak perkara baik dalam pasaran atas talian ni. Antara kebaikan terbesarnya adalah kita tidak lagi perlu untuk menghabiskan wang yang banyak kepada kos sewa.

Pun begitu, jika anda seorang yang baru menceburi pasaran online,  ada beberapa apps yang mesti anda miliki untuk memastikan kelicinan perniagaan anda.

  1. Buffer

Buffer adalah salah satu aplikasi penjadualan sosial yang paling terkenal.

Fungsi utamanya adalah menjadualkan kemas kini ke beberapa akaun media sosial seperti Twitter, Facebook, LinkedIn, Instagram dan Pinterest.

Buffer ini juga membolehkan anda follow-up statistik setiap posting di anda. Dengan kata lain, ia juga mampu membantu anda menganalisis setiap posting di media sosial.

Buffer kini menawarkan langganan percuma dan empat pelan harga yang kompetitif:

Pro ($15 / bulan), Perniagaan Kecil ($99 / bulan), Perniagaan Sederhana ($ 199 / bulan), dan Perniagaan Besar ($399 / bulan).

  1. Facebook Pages Manager

Hari ini Facebook adalah antara bank content terbesar di dunia. Macam-macam anda boleh temui di Facebook. Namun dengan adanya Facebook Group, Facebook Marketplace, Facebook Watch membuat ramai pengguna baru dalam pasaran atas talian sukar menguruskan platform ini.

Jadi di sinilah fungsi Facebook Pages Manager membantu anda menguruskan Pages perniagaan anda. Dengan aplikasi ini, anda boleh menyelaraskan kebanyakan aktiviti halaman Facebook anda seperti menyiarkan (posting), memberi komen dan menyukai (like), dan juga membalas mesej peribadi (private message).

Anda boleh mengubah (edit) perincian, gambar dan juga statistik trek posting Facebook anda. Yang buat aplikasi ni lagi menarik, anda boleh gunakannya dengan PERCUMA!

  1. Canva

Perkara paling penting untuk menarik perhatian pelanggan dalam Online Bussisness adalah info grafik.

Design yang kemas dan teratur sangat perlu untuk pastikan mesej anda kepada pelawat halaman perniagaan sampai dengan baik.

Dengan Canva kini anda mampu menghasilkan info grafik dengan hanya menggunakan gadget.

Anda tidak perlu mereka design baharu kerana Canva akan memberikan template cadangan dan perkara yang perlu anda lakukan adalah memindah kandungan perniagaan anda ke dalam ruang template yang anda mahukan.

Untuk pelan Pro dan Enterprise, anda boleh memperolehi lebih banyak design template dengan harga bermula dari $10 / bulan.

  1. Plai

Plai (disebut ‘play’) adalah aplikasi baharu yang menggabungkan laporan analisis dari Google Ads, Google Analytics, dan Youtube. Aplikasi ini membolehkan anda mengesan kata kunci (keyword) dan kandungan (content) yang sedang trending.

Jadi dengan fungsi aplikasi ini, anda dapat melakukanbeberapa perkara penting dalam pasaran atas talian seperti  kempen atau promosi pemasaran yang berkesan, mengakses kandungan yang sedang trending, menggunakan kata kunci (keyword) yang sesuai serta membaca strategi pemasaran terkini.

Selain itu, aplikasi ini turut mengediakan visual trend pemasaran anda secara harian day-to-day. Dengan maklumat tersebut, anda dapat mengesan dan menganalisis pemasaran perniagaan anda dengan mudah.

  1. Facebook Ads Manager

Jika anda melakukan iklan di Facebook atau Instagram, aplikasi ini membantu menguruskan kempen iklan Facebook atau Instagram dengan hanya menggunakan telefon bimbit anda.

Dengan aplikasi ini, anda boleh follow-up perkembangan iklan, edit jadual dan bajet, buat iklan Facebook dengan mudah dan juga terima semua notification iklan anda dengan hanya satu aplikasi.

Anda boleh dapatkan aplikasi Facebook Ads Manager ini dengan percuma.

Saya akan kongsikan apps lain yang perlu anda miliki dalam artikel bahagian ke-2 akan datang. Stay tune!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami