5 Apps ‘Digital Marketing’ Terbaik 2020 (Bahagian 2)

Selepas saya kongsikan 5 aplikasi yang mesti dimiliki oleh usahawan perniagaan atas talian dalam artikel terdahulu, saya akan sambung dengan 5 lagi aplikasi yang wajib dimiliki bagi seorang usahawan pasaran atas talian. 

  1. Hootsuite

Hootsuite adalah aplikasi pengurusan media sosial yang membolehkan anda menjadualkan posting ke Twitter, Facebook, Instagram, LinkedIn, dan Youtube. 

Harganya walaupun lebih mahal berbanding Buffer, tapi ia menawarkan lebih banyak fungsi untuk merancang posting di pelbagai peringkat. 

Pelan percuma Hootsuite membolehkan pengguna mengurus hingga tiga akaun sosial, dan menjadualkan hingga 30 siaran pada satu masa. 

Pelan pembayaran bermula dari $25 sebulan dan membolehkan anda menambah ahli editor, menjadualkan lebih banyak posting, dan menguruskan lebih banyak akaun tambahan.

  1. Later

Aplikasi ini pada awalnya dilancarkan sebagai Latergramme. Later  membolehkan anda menjadualkan dan menerbitkan posting untuk Instagram mengikut keselesaan anda sendiri. 

Salah satu masalah yang dihadapi pengguna Instagram adalah ketidakupayaan aplikasi untuk menyiarkan posting secara berjadual. 

Maka Later berfungsi untuk menyelesaikan masalah ini dengan membolehkan anda menjadualkan posting di Instagram pada waktu yang ditetapkan. 

Selain itu, aplikasi ini juga membolehkan menguruskan banyak akaun Instagram di dalam satu masa. Anda boleh mendapatkan sumber gambar dari Library gadget anda atau dari Dropbox dan Google. 

Aplikasi ini juga memudahkan anda menganalisis aktiviti pengguna dan hashtag.

Pelan aplikasi Later ‘percuma’ menawarkan penggunaan yang terhad, dan pelan berbayar pula menawarkan $9 / bulan untuk satu akaun, sehingga $ 49 / bulan untuk beberapa akaun pengguna.

  1. Mention

Salah satu perkara terpenting dalam ‘pasaran atas talian’ adalah anda perlu tahu apa yang diperkatakan pengguna media sosial tentang barangan, brand atau produk yang anda tawarkan/jual. Dengan aplikasi Mention , kini anda mampu untuk tahu semua komen atau posting yang berkaitan dengan anda.

Aplikasi Mention ini direka untuk memantau media sosial, catatan blog, dan laman berita. Mention akan memberi anda laporan terkini mengenai siapa dan apa yang dikatakan dalam talian mengenai anda, jenama anda, dan apa sahaja yang anda ingin tahu. 

Anda boleh membuat pautan ke akaun media sosial untuk akses yang lebih mudah, serta membuat statistik penting bagi perniagaan anda. 

Untuk perniagaan yang lebih kecil, ‘pelan percuma’ mungkin mencukupi, tetapi untuk perniagaan besar, saya cadangkan supaya anda memilih pelan berbayar bermula dari $ 25 / bulan hingga $ 600 / bulan untuk memenuhi keperluan perniagaan anda.

  1. Grammarly Keyboard

Sebagai pemilik tentu anda tidak mahu kesalahan-kesalahan tatabahasa atau ejaan berlaku dalam posting atau emel yang anda hantar. Dengan aplikasi Grammarly Keyboard , anda tak perlu risau lagi.

Anda boleh periksa kandungan posting di sini dan aplikasi ini juga berfungsi untuk mengenal pasti serta menyunting kesalahan yang terdapat dalam posting anda. Mudah bukan?

Aplikasi ini secara automatik berfungsi untuk mengimbas kesalahan ejaan dan kesalahan tatabahasa.

Dan yang lagi best lagi, aplikasi ini PERCUMA!

  1. REP – Influencer Marketing

Aplikasi ini sangat sesuai untuk ‘Influencer’ atau orang ingin mendapatkan khidmat ‘Influencer’.

Sesetengah pengusaha pasaran atas talian menggunakan strategi ‘kerjasama’ dengan ‘Influencer’ media sosial untuk mendapatkan liputan yang lebih meluas.

REP berfungsi untuk menghubungkan produk anda dan ‘influencer’. Aplikasi ini boleh digunakan untuk mendapatkan ‘influencer’ serta akses untuk menganalisis.

Terdapat beberapa pelan yang ditawarkan dalam aplikasi ini seperti kolaborasi percuma, berbayar, dan bayar per klik.

Selain itu, ‘influencer’ juga boleh menggunakan aplikasi ini untuk mendapatkan bayaran, percutian, hadiah, dan produk. Anda juga boleh melakukan transaksi secara langsung dengan menggunakan aplikasi ini.

Semoga perkongsian kami dalam 2 bahagian artikel ini dapat membantu serta memudahkan urusan anda dalam online marketing dan selamat maju jaya.

Chow!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami