#RekomenFilemTheSkop : Beats (2019)

Filem Beats arahan Chris Robinson bukanlah filem tentang produk headphone atau earphone wireless mahupun portable wireless speaker. Tapi filem ini menceritakan bagaimana ‘beats’ di dalam muzik mampu mengembalikan keyakinan mangsa trauma yang teruk.

Selepas kakaknya mati ditembak di kepala betul-betul depan mata, August Monroe (Khalil Everage) menghadapi trauma yang sangat teruk sampai dia jadi separuh gila dan tak mampu ke sekolah.

Tahap trauma August bukan level biasa-biasa. Dia bukan setakat tak boleh dengar bunyi letupan, malah bunyi benda jatuh, bunyi siren polis, bunyi orang menjerit semuanya akan buat August jadi takut sampai pukul kepala sendiri. Jadi mak August terpaksa kurung anaknya dalam rumah berbulan-bulan.

Sepanjang tempoh ‘berkurung’, August cuma habiskan masanya dengan produce muzik. Oh ya, dia dan mendiang kakaknya berkongsi minat yang sama; iaitu mencipta muzik. Sebelum mati, kakaknya tak sempat siapkan satu projek lagu. Jadi August cuba untuk siapkan kerja kakaknya, tapi lepas berbulan-bulan cuba, August tak jumpa ‘beats’ yang sesuai untuk sempurnakan karya kakaknya itu.

Sampailah satu hari dia berjumpa dengan Romelo (Anthony Anderson), pegawai keselamatan di sekolahnya yang juga merupakan bekas producer dan komposer lagu.

Romelo nampak ‘talent’ August dalam penciptaan muzik  dan cuba untuk ubati penyakit trauma yang August hadapi dengan ‘beats’.

Saksikan bagaimana beats kembalikan balik hidup August yang dah mati dibunuh keganasan di Netflix.

Link: https://www.netflix.com/watch/80216302?trackId=14277281&tctx=0%2C0%2C702c2e7d-794b-4cf6-82f3-e6c29ec07719-431062817%2C%2C%2C

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami