#FilemRekomenTheSkop : Filosofi Kopi (2015)

“Cuma segelas kopi yang bercerita kepadaku bahwa yang hitam tak selalu kotor dan yang pahit tak selalu menyedihkan.”

Filem arahan Angga Dwimas Sasongko mengisahkan seorang lelaki yang bernama Ben (Chico Jerikho ), seorang anak petani kopi yang sejak kecil dibesarkan di sebuah kebun kopi milik bersama penduduk kampungnya. Emak dan ayahnya mendidik Ben untuk menghormati serta menyayangi kopi seperti seorang anak kecil. Perlu dimanjakan dan perlu dibelai.

Namun sebuah kejadian malang telah membuatkan ayahnya tidak menyukai kopi lagi. Sehinggalah Ben menginjak ke usia 12 tahun, dia pergi meninggalkan ayahnya ke Jakarta dan bertemu dengan Jody (Rio Dewanto ) dan dibesarkan oleh keluarga Jody. Mereka berdua menjadi sahabat dan berkongsi minat yang sama; iaitu kopi.

Setelah Ben dan Jody dewasa, mereka berjaya mendirikan sebuah kedai kopi dan dinamakan sebagai ‘Filosofi Kopi’.

Hutang perniagaan yang menggunung memaksa mereka berdua memperjudikan beberapa keputusan dalam perniagaan kedai kopi tersebut. Dalam kekusutan yang melanda, seorang broker telah datang ke kedai mereka dan menawarkan ‘hadiah’ yang lumayan berjumlah 1 milliar Rupiah (RM 298,000,00)  jika mereka berjaya membikin kopi terbaik sehingga mampu membeli hati seorang pelabur high profile yang bercadang untuk membuat sebuah pelaburan besar dalam sektor pembinaan.

Pun begitu dengan beberapa peristiwa, mereka akhirnya sedar bahawa masalah terbesar yang mereka hadapi bukanlah soal hutang.

Penemuan kopi Tiwus dan Pak Seno (Slamet Rahardjo) oleh dua sahabat ini dengan bantuan seorang pengkaji kopi, El (Julie Estelle ), telah membawa mereka ke sebuah episod kisah kopi dan manusia yang baharu.

Saksikan kisah-kisah manusiawi dan falsafah kopi di dalam filem ini di Netflix.

Link Netflix:
https://www.netflix.com/watch/81016322?trackId=13752289&tctx=0%2C0%2C95dac31d3ee81a863c650c4394c999ca8b2df3b0%3Abb2a98caa3514e2d43eacdc327b89a4f1f587503%2C%2C%2C

Trailer:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami