#FilemRekomenTheSkop: Sokola Rimba (2013)

“Bungo menjadikan ilmu sebagai senjata peradaban.”

Adaptasi dari kisah benar Butet Manurung yang menjadi guru kepada anak-anak Orang Asal (atau dikenali sebagai Orang Rimba) di hulu sungai Makekal, hutan bukit Duabelas.

Sokola Rimba, filem arahan Riri Riza ini menceritakan tentang Butet dan seorang anak bernama Nyungsang Bungo.

Pertemuan mereka bermula apabila Butet mengalami demam malaria di tengah hutan, lalu datanglah seorang anak yang tidak dikenali menyelamatkannya, yang bernama Nyungsang Bungo.

Sejak itu, Bungo dalam diam-diam mula memperhatikan Butet mengajar membaca sambil membawa segulung kertas perjanjian yang telah dicop oleh ketua suku kaumnya. Dokumen tersebut adalah sebuah surat persetujuan peneroka yang ingin  mengeksploitasi tanah adat mereka.

Oleh itu, Bungo dengan kekentalan hatinya rela berjalan berkilo-kilometer hanya untuk belajar membaca dengan Butet supaya dia dapat membaca surat perjanjian itu dan menyedarkan suku kaumnya. 

Filem yang dibintangi Prisia Nasution, Rukman Rosadi dan Nadhira Suryadi ini telah memenangi pelbagai anugerah di ASEAN International Film Festival and Awards dan Festival Film Indonesia.

Link Netflix: https://www.netflix.com/watch/81016324?trackId=13752289&tctx=0%2C0%2C2bfbea01672736e7c3c49126c440f9425d448998%3A2f61f2cbc30a7c5d20d1940331d99fb4b3a7688b%2C%2C%2C

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami