Realme Watch Dijual Pada Harga RM249 Sempena Pelancaran Siri Realme AIoT

Realme Malaysia hari ini melancarkan barisan produk AIoT (aksesori pintar) untuk pasaran Malaysia. Dua produk memfokuskan kesihatan yang ditawarkan adalah Realme Band dan Realme Watch.


Realme Band

Realme Band hadir dengan Paparan Warna Besar 0.96” dan mampu menampilkan lebih daripada 65,000 warna.

Jam kecergasan ini juga dilengkapi dengan ciri ‘Personalized Dial Face’ untuk penggunanya memilih dan menukar paparan ‘Dial Face’.

Selain itu, Realme Band juga dilengkapi dengan Real-time Heart Rate Monitor yang mampu mengukur kadar denyutan jantung pengguna dengan tepat setiap lima minit dan juga mampu menganalisa kualiti tidur pengguna serta menghasilkan laporan yang membantu mereka untuk mengenal corak (pattern) tidur mereka.

Ciri ‘Idle Alert’ pada Realme Band secara automatik akan mengingatkan pengguna untuk bergerak atau berjalan-jalan setelah duduk dalam tempoh yang lama.

Jam kecergasan ini turut mempunyai sokongan notifikasi pintar daripada aplikasi sosial popular, panggilan telefon dan SMS dan pengecasan terus USB-A dengan ketahanan  bateri sehingga 10 hari.

Model realme Band yang dilengkapi IP68 dapat melindungi dari debu serta percikan air ini ditawar dalam tiga pilihan warna iaitu Hitam, Kuning dan Hijau pada harga RM129 atau pada harga promosi RM79 dari 22 dan 23 Jun ini di Shopee (pautan: https://bit.ly/bandpr)


Realme Watch

Hadir dengan Layar Sentuh Warna Besar 1.4″ dan dilengkapi dengan paparan enam data penting seperti waktu, tarikh, cuaca, jumlah langkah, kadar denyutan jantung dan kalori

Selain itu, Realme Watch juga dilengkapi dengan pembantu kesihatan yang menyokong Real-time Heart Rate Monitor untuk berfungsi mengukur kadar denyutan jantung pengguna setiap 5 minit dan menghantar penggera degupan jantung tanpa gangguan selama 24 jam. Ia juga turut dilengkapi Blood Oxygen Saturation Level Monitor yang berfungsi mengesan tahap oksigen darah pada bila-bila masa.

Jam tangan pintar ini mempunyai 14 mod sukan yang dapat mengenal pasti sama ada pengguna berjalan atau berlari seiring dengan algoritma pengiraan langkah yang tepat.

Realme Watch juga dapat dihubungkan ke realme Link Smart App membolehkan pengguna mengakses ke data kesihatan. Model Realme Watch yang dilengkapi IP68 Waterproof ini ditawar dalam warna Hitam sahaja pada harga RM299 atau pada harga promosi RM249 pada 12 Jun ini di Shopee (pautan: https://bit.ly/watchpr )

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami