#FilemRekomenTheSkop: Happy Old Year (2020)

Filem tentang hubung kait falsafah seni bina dalaman dan perasaan manusia ini mengisahkan Jean (Chutimon Chuengcharoensukying) yang ingin mengubah suai kediamannya menjadi rumah pejabat dengan menggunakan konsep minimalis.

Ketika sedang mengemas dan menyusun atur barang yang sudah tidak digunakan lagi, dia terjumpa beberapa barangan milik bekas kekasihnya Aim (Sunny Suwanmethanon ) dan juga teman-teman persekolahannya dahulu.

Kesemua barangan tersebut mengingatkannya semula kepada kenangan lama mereka dan ia tidak boleh dilupakan begitu sahaja dengan cara membuangnya.

Sentimental yang terdapat pada setiap barang ini berlawanan dengan falsafah minimalis yang berkonsepkan ‘kosong’ & ‘melepaskan’.

Kini Jean perlu melawan dengan matlamatnya dan kenangan masa lalu. Dia perlu memilih antara menyimpan, membuang atau mengembalikan barangan itu semula kepada tuan empunya badan untuk dia meneruskan kehidupannya.

Minimalis adalah ruang sarat dengan kekejaman. Kekejaman yang membunuh nilai sentimental.

Walaupun jalan ceritanya boleh dikatakan ringan, namun inti falsafahnya sangat berat.

Filem arahan Nawapol Thamrongrattanarit adalah antara filem asia tenggara wajib tonton dan boleh buat anda tersandar setelah habis menonton.

Link Netflix: https://www.netflix.com/watch/81143239?trackId=13752289&tctx=0%2C0%2Cb879651f2c06f226298beaf702beef74b1c95234%3A093e1fb81e957b88c34bffcd333c0737c2784a67%2C%2C%2C

Trailer:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami