#FilemRekomenTheSkop: Cahaya Dari Timur: Beta Maluku (2014)

“Ini bukan soal agama. Ini tentang sepak bola. Waktu tidak akan pernah cukup mencari siapa benar dan salah. Tapi aku yakin kita bisa lebih baik.”

Sekembalinya saingan bola di eropah setelah berehat lama akibat Covid-19 dan krisis #BlackLivesMatter di Amerika, hari ini #FilemRekomenTheSkop akan syorkan sebuah filem wajib tonton yang berkisarkan bola sepak dan konflik agama iaitu Cahaya Dari Timur: Beta Maluku.

Filem produksi Glenn Fredly dan Angga Dwimas Sasongko yang turut memenangi Film Terbaik di Festival Film Indonesia 2014 ini menceritakan tentang konflik kaum-agama antara Islam dan Kristian yang berlaku pada awal tahun 2000 di Maluku, Indonesia.

Kedua-dua kelompok agama tersebut mencetuskan kerusuhan dengan senjata tajam untuk melawan antara satu sama lain.

Ramai warga Maluku berbondong-bondong ikut serta dalam rusuhan itu, terutama kaum laki-laki.

Namun, seorang pemuda di Tulehu bernama Sani Tawainella yang juga merupakan bekas pemain bola sepak pasukan nasional Indonesia bawah-15 di Piala Pelajar Asia tahun 1996, telah mengubah keadaan setempat yang dipenuhi konflik.

Sani menanam sikap toleransi dalam diri anak-anak Tulehu melalui bola sepak.

Latihan bola sepak yang dilakukan setiap petang telah mengalihkan perhatian anak-anak tersebut dari ikut serta dalam konflik rusuhan tersebut.

Pun begitu, api keagamaan tercetus setelah anak-anak Tulehu (wilayah majoriti Islam) digabungkan dengan pasukan bola sepak dari Posso (wilayah majoriti Kristian) untuk mewakili Maluku dan saingan Kebangsaan Indonesia bawah-15 tahun yang dianjurkan di Jakarta.

Saksikan bagaimana Sani memadam api keagamaan dengan nilai sukan slogan ‘Beta (saya) Maluku’ sehingga ia menjadi antara sejarah terpenting dalam pembinaan Indonesia hari ini.

Filem adaptasi dari kisah benar yang dibintangi Chicco Jerikho, Jajang C. Noer, Shafira Umm, dan ramai lagi ini kini boleh ditonton di Netflix.

Pautan: https://www.netflix.com/watch/81016323?trackId=13752289&tctx=0%2C0%2C9b25eb7cbeb7f19e93d80d2b17ecbf6e18b9c904%3Ae71e5b0169c6eb753b4f164348e9069cee4b5c97%2C%2C%2C

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami