#FilemRekomenTheSkop: Alangkah Lucunya Negeri Ini (2010)

Alangkah Lucunya Negeri Ini adalah filem satira politik dan kelas sosial yang menguji pegangan hidup ramai orang.

Filem karya buah fikir Musfar Yasin ini mempertontonkan kita akan pentas hidup manusia yang selalu melihat baik sebagai putih dan jahat sebagai hitam.

Muluk, graduan cemerlang universiti, mencabar kita untuk menilai kembali tanggapan terhadap kanak-kanak marginal yang mendedikasikan hidup mereka sebagai penyeluk saku.

Sebagai seorang yang hidup dalam persekitaran ‘orang-orang masjid’, cara berfikir kemunkaran perlu dibalas dengan hukum ditanam sejak kecil dalam diri Muluk.

Tetapi setelah melihat jurang sosial, keterpaksaan hidup dan kekangan pendidikan, Muluk merasakan anak-anak penyeluk saku tersebut perlu dipandu hidup mereka di atas landasan ilmu pendidikan dan kesedaran sebagai warga negara Indonesia.

Namun begitu, telah berlaku pertembungan di antara beliau dan warga setempat dalam isu hukum agama dan tanggungjawab sosial. Dan peristiwa itu memaksa Muluk membuat keputusan besar dalam hidupnya.

Dalam satu babak ketika mana anak-anak ini dibawa melawat ke Istana Presiden, timbullah persoalan jujur masyarakat bagaimana pencuri jalanan yang hidup melarat dihumban ke penjara dan perompak negara dikawal ketat dalam istana.

Apakah undang-undang negara ini hanya untuk mereka di bawah?

Filem lakonan mantap Reza Rahardian, Slamet Rahardjo, Deddy Mizwar, Tika Bravani, Asrul Dahlan ini telah merangkul anugerah Citra Award for Best Music Arranger, Citra Award for Best Sound Editing & Mixing, Citra Award for Best Original Scriptwriter & Bandung Film Festival for Commendable Film Editor.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami