Pokemon Smile, Mix & Snap Dilancarkan

Syarikat Pokémon telah mengumumkan tiga permainan baru  yang merangkumi permainan hanya untuk telefon bimbit, permainan untuk telefon bimbit dan Nintendo Switch, dan yang ketiga permainan hanya untuk Nintendo Switch.

3 permainan tersebut adalah Pokémon Smile, Pokémon Café Mix dan New Pokémon Snap.

Pokémon Smile – boleh dimuat turun secara percuma. Permainan kanak-kanak ini memberikan pilihan kepada pemain untuk “memakai” mana-mana watak Pokémon sebagai topi di kepala mereka. Ciri permainan ini khas dicipta sebagai permainan pendidikan dan kesihatan yang mempamerkan gigi animasi Pokémon di skrin telefon bimbit berserta manual menggosok gigi dengan betul.

Pemain yang berjaya mematuhi manual tersebut dengan betul akan menyelamatkan Pokémon dari bakteria dan kemudiannya akan ditambahkan ke Pokédex mereka.

Pokémon Café Mix – boleh didapati pada 23 Jun ini. Permainan ini memberi pengalaman kepada pemain untuk mengurus kafe mereka sendiri dengan bantuan Pokémon yang mempunyai “Café Skills”.

Pemain perlu menguruskan kafe mereka dengan tema Pokémon dan menyelesaikan teka-teki untuk memperolehi mata wang dalam permainan yang dinamakan sebagai “Golden Acorns”.

https://twitter.com/Pokemon/status/1273241151332630530?s=20

New Pokémon Snap – Pemain akan diletakan di sebuah pulau Pokémon dan mereka perlu mengembara dan menangkap seberapa banyak gambar Pokémon sepanjang pengembaraan itu. Jumlah gambar terkumpul akan dimuatkan ke dalam “Pokémon Photodex”. Pun begitu, permainan ini masih dalam proses pembikinan dan belum dinyatakan tarikh peluncuran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami