Telefon Pintar Baharu Realme Bakal Menggunakan Cip Pemprosesan Helio G35

Realme Malaysia mengumumkan cip Helio G35 akan digunakan dalam telefon pintar mereka yang bakal diperkenalkan tak lama lagi dalam satu hantaran di Facebook.

Dalam sebuah hantaran tersebut, Realme mengacah dengan hantaran  “#WorldsFirst MediaTek” dan turut menarik reaksi teruja kepada peminat Realme yang nampaknya tidak sabar mengetahui keluaran terbaharu tersebut.

Pun begitu, info penuh mengenai cip pemprosesan terbaru MediaTek dan model telefon pintar apakah yang bakal menggunakan cip pemprosesan ini masih belum diketahui lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami