Aplikasi OURFOOD Inisiatif Baharu AirAsia Bantu Pengusaha F&B

Penularan wabak Covid-19 telah memberi kesan besar kepada ekonomi sosial terutama kepada sektor makanan dan minuman (F&B).

Maka dengan kesedaran itu, Teleport, telah menggerakkan satu inisiatif baharu dalam misi membantu peniaga-peniaga kecil dengan melancarkan satu aplikasi pesanan dan penghantaran makanan OURFOOD.

Seperti aplikasi-aplikasi pesanan dan penghantaran makanan lain, OURFOOD juga menawarkan aneka makanan tempatan dengan lebih 36 rakan kongsi setakat ini.

OURFOOD telah dilancarkan pada 14 Mei lalu. Penggunaan OURFOOD dilihat sangat memberansangkan dan menerima maklum balas yang baik kerana inisiatif ini sangat membantu urusan pentadbirang seperti urusan pembayaran, pesanan dan logistik untuk peniaga dan pelanggan F&B.”, menurut Sabrina Khaw, Pengurus Pertumbuhan OURFOOD.

Kini OURFOOD sedang giat menjalankan kempen Save Our Shops (S.O.S) yang menawarkan diskaun 50% bagi pelan percubaan prabayar untuk Rakan Niaga pada harga RM25 untuk sepuluh pesanan sehingga. Kempen ini berlansung sehingga 30 Jun 2020 ini.

Pelan prabayar ini termasuk kedua-dua kos transaksi dan perkhidmatan, caj penghantaran akan ditanggung oleh pelanggan.

OURFOOD tidak mengenakan sebarang yuran pendaftaran, kontrak atau peranti khas.

Selain itu, kedua-dua Rakan Niaga dan pelanggan OURFOOD boleh menerima dan menebus mata ganjaran AirAsia BIG untuk setiap transaksi.

Berikut adalah beberapa ciri yang membezakan OURFOOD daripada platform penghantaran makanan yang lain:

  • Semua jenis perniagaan F&B dialu-alukan termasuk perniagaan F&B di rumah.
  • Proses pendaftaran yang mudah, hanya butiran kad pengenalan diperlukan.
  • Pembayaran automatik dan penghantaran dalaman (in-house).
  • Pilihan penghantaran atas permintaan dan pra-pesanan.
  • Jangkauan penghantaran sehingga 40km.

Teleport adalah subsidiari penuh milik Kumpulan AirAsia Berhad yang diasaskan pada tahun 2018, bertujuan membina impian kargo dan logistik AirAsia.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami