Huawei P40 Pro+ 5G Dilancar Pada Harga RM4999

Huawei P40 Pro+ hari ini telah dilancarkan oleh Huawei Malaysia dengan harga jualan bermula RM4999.

Telefon pintar berspesifikasi tinggi itu dilengkapi dengan perincian kamera berserta sensor utama 40MP dengan 100x kuasa zoom, 40 W wireless SuperCharge, sensor sudut lebar 50MP dan sensor pencahayaan suhu.

Selain itu, telefon pintar ini juga turut diaktifkan dengan set cip Kirin 990 5G yang turut memberi pengalaman luar biasa bagi pemain permainan telefon pintar.

Huawei P40 Pro+ turut dilengkapi Huawei AppGallery yang membolehkan pengguna memuat turun pelbagai aplikasi dan menyusunnya mengikut lokasi dan gaya hidup warga setempat.

Huawei dalam pada itu mengumumkan tarikh mula jualan Huawei P40 Pro+ adalah pada 26 Jun 2020 ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami