MacBook Pro 13 inci & iMac Baharu Produk Pertama Apple Menggunakan CPU ARM?

Sudahkah anda membaca khabar angin Apple akan berhenti gunakan CPU Intel dan beralih ke CPU rekaan sendiri?

Khabar angin yang dimainkan oleh Ming-Chi (via MacRumors) mengatakan komputer MacBook Pro 13 inci dan iMac baharu bakal menjadi percubaan pertama Apple untuk menggunakan CPU ARM di Mac.

Jangkaan pelancaran paling awal akan berlaku sekitar akhir tahun 2020 atau awal tahun 2021. Perincian ARM turut dijangkakan bakal diumum pada WWDC 2020 beberapa jam lagi.

Sekiranya benar khabar angin tersebut, timbul persoalan bagaimana dengan nasib MacBook Pro 13 inci dengan CPU Intel?

Menurut Ming-Chi Kuo, Apple akan menghentikan penjualan MacBook Pro 13 inci dengan CPU Intel setelah produk dengan CPU ARM dijual.

Ming-Chi Kuo turut mengatakan Apple bakal mencipta MacBook baru dengan spesifikasi yang masih belum diumumkan.

Dari laporan yang sama juga, Apple dikatakan menggantikan semua produk baharunya dengan CPU ARM bermula tahun 2021.

Masa transisi dari Intel ke ARM ini akan berlangsung sekitar 12 – 18 bulan sejak WWDC tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami