RASMI! Apple Sahkan Mula Guna Cip Sendiri ARM, Henti Khidmat Cip Pemprosesan Intel

Apple telah mengesahkan komputer riba Mac dan komputer desktop mereka akan beralih ke cip pemprosesan ARM.

Langkah ini bermaksud Mac tidak akan menggunakan cip pemprosesan Intel dan akan mula menggunakan cip yang sama digunakan dalam iPhone dan iPad.

Dalam pada masa yang sama, langkah drastik Apple ini dilihat setentang dengan kenyataan Intel yang memohon maaf atas kegagalan pihak mereka mencipta reka bentuk cip yang sesuai dengan kehendak pengeluar komputer.

Namun begitu ramai pemerhati meramalkan cabaran Apple selepas ini adalah melaksanakan transisi dari cip Intel ke cip ARM dengan lancar dan meyakinkan pelanggan.

“Kami merancang untuk menghantar percubaan Mac pertama kami dengan silikon Apple pada akhir tahun ini,” kata Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook, sambil menambah bahawa kemungkinan dua tahun diperlukan sebelum ¬†produk baharu itu dapat berdiri stabil.

Pengumuman itu dibuat pada Worldwide Developers Conference 2020 (WWDC 2020) Apple awal pagi tadi waktu Malaysia.

“Apple untuk melakukan langkah ini untuk mengurangkan kebergantungan pada Intel, memaksimumkan pelaburan silikon, meningkatkan prestasi dan memberikan lebih banyak fleksibiliti dan kelincahan pada produk akan datang,” menurut Geoff Blaber, perunding CCS Insight.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami