Apple Tambah Petunjuk Arah Berbasikal dan Ciri ‘routing EV’ ke Apple Maps di iOS 14

Apple telah mengumumkan di WWDC tahun ini bahawa syarikat itu telah menambahkan satu ciri baharu ke aplikasi Apple Maps iaitu petunjuk arah berbasikal.

Tetapi ciri baharu Apple Maps ini hanya terhad di New York, Los Angeles, San Francisco, Shanghai dan Beijing. Sehingga kini Apple masih belum memaklumkan bilakah ciri tersebut akan diperluas ke seluruh dunia.

Ciri baharu ini membolehkan pengguna melihat perubahan ketinggian. Bukan itu sahaja, Apple Maps juga akan mencadangkan sama ada pengguna aplikasi tersebut harus menggunakan tangga untuk menjimatkan masa atau membiarkan mereka melakukan perjalanan di sekitar bukit curam. Petunjuk berbasikal tersebut turut akan tersedia di watchOS 7.

Selain itu, Apple turut mengumumkan Apple Maps di iOS 14 akan dilengkapi dengan perincian ‘routing EV’, yang membolehkan pengguna merancang perjalanan. Dan khas untuk pengguna kenderaan elektrik, Apple Maps akan menunjukkan laluan yang mempunyai tempat pengecasan yang sesuai dengan kenderaan yang digunakan.

Inisiatif itu turut melibatkan kerjasama Apple dan syarikat pengeluar kenderaan Ford dan BMW.

Apple Maps juga disertakan dengan perincian baharu yang menampilkan tempat-tempat cadangan menarik untuk dikunjungi berdasarkan tempat-tempat cadangan daripada AllTrails, Complex, The Infatuation, Time Out Group, dan The Washington Post.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami