Bank Pusat Brazil Arah WhatsApp Pay Ditangguh Serta-Merta

Bank Pusat Brazil dilaporkan telah menangguhkan khidmat pembayaran atas talian WhatsApp Pay di negara itu selepas seminggu perkhidmatan itu dilancarkan, lapor Bloomberg.

Bloomberg turut menyatakan Bank Pusat Brazil akan menggunakan tempoh penangguhan tersebut untuk menilai potensi risiko terhadap infrastruktur pembayaran negara dan membuat kajian sama ada WhatsApp mematuhi peraturan.

WhatsApp berharap sistem pembayarannya dapat digunakan oleh orang ramai untuk tujuan transaksi dan juga memindahkan wang kepada individu.

Dalam pengumuman pelancarannya yang lalu, Whatsapp berkata perkhidmatan ini percuma kepada individu (pindahan wang) tetapi bayaran akan dikenakan sebanyak 3.99% dalam urusan transaksi perniagaan.

Di negara-negara seperti India dan Brazil, WhatsApp sering menjadi pilihan utama dalam talian kepada perniagaan kecil. Lebih dari 5 juta peniaga di seluruh dunia menggunakan aplikasi versi perniagaan, menurut Bloomberg.

Bloomberg turut melaporkan WhatsApp terkejut dengan keputusan Bank Sentral Brazillian itu kerana syarikat itu selalu berhubungan dengan pihak berkuasa.

“Matlamat kami adalah untuk memberikan pembayaran digital kepada semua pengguna WhatsApp di Brazil dan kami akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi tempatan dan Bank Sentral sehingga (hasrat) ini menjadi realiti,” kata WhatsApp dalam kenyataan yang diberikan kepada Bloomberg.

Dalam pada itu, Bank Pusat Brazil telah meminta agar Mastercard dan Visa menghentikan perkhidmatan akses pembayaran dan pemindahan wang melalui aplikasi ini. Perintah itu disertakan amaran denda jika perkara tersebut gagal dipatuhi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami