Pokémon Unite MOBA Diumum, Perlawanan Berpasukan Pokémon Atas Talian

Game Freak mengumumkan permainan Pokémon baharu dengan genre pertempuran berkumpulan atas talian.

Permainan yang dinamakan Pokémon UNITED itu bakal menemui peminatnya dengan konsep perlawanan 5-on-5 dan pertarungan akan berlaku di ruang MOBA yang dilengkapi powerhouse seperti League of Legends dan Dota 2.

Pokémon Company secara rasmi telah bergabung dengan syarikat permainan gergasi China, Tencent, yang juga merupakan pemaju besar kepada League of Legends.

Menurut laporan,  permainan Pokémon UNITED memberi gambaran awal pemain boleh mengakses permainan tersebut melalui Nintendo Switch dan peranti mudah alih seperti telefon pintar.

Menurut kenyataan di laman sesawang rasmi Pokémon, pemain akan bekerjasama dengan rakan sepasukan untuk menangkap Pokémon dan mengalahkan Pokémon pihak lawan sambil berusaha memperoleh lebih banyak mata daripada pasukan mereka.

Sebuah trailer yang dilancarkan di akaun Twitter rasmi  Pokémon memperlihatkan aksi perlawanan Pikachu, Blastoise, Venusaur dan Lucario bersama monster lain.

Namun begitu, tarikh pelancaran pemainan tersebut masih belum diumumkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami