Ciri Kemampuan Merakam Video 4K 240FPS Diramal Bakal Melengkapi iPhone 12

Menurut sebuah laporan dari portal DSMARENA, satu lagi ciri iPhone 12 telah tertiris yang melibatkan kemampuan kamera iPhone baharu yang dijangka bakal dilancarkan hujung tahun ini.

Menurut sebuah tweet daripada Pineleaks, kemungkinan iPhone 12 nanti mempunyai ciri kemampuan rakaman video pada resolusi 4K 240FPS.

Sebelum ini, Apple telah melengkapkan peranti iPad Pro dengan perisian ProMotion 120Hz, dan dengan pembaharuan itu nampaknya hampir pasti iPhone 12 kelak bakal dilengkapi dengan kemampuan merakam video 4K 120FPS dalam mod biasa dan 4K 240FPS dalam rakaman perlahan.

Walaupun begitu, ramai peramal teknologi meramalkan ciri hebat ini hanya tertakluk kepada iPhone 12 Pro sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami