Tonton Netflix Dengan Kualiti 4K HDR Melalui MacOS Big Sur

Pelanggan Netflix pasti teruja dengan kemaskini terkini sistem operasi MacOS Big Sur yang dijangka akan hadir pada penghujung tahun ini.

Sistem operasi Apple ini akan hadir dengan ciri terbaharu iaitu sokongan codec video HEVC.

Jika sebelum ini pelayar Safari hanya boleh menonton Netflix pada resolusi Full HD, kini dengan pembaharuan ini, pelayar boleh menikmati kandungan Netflix dengan sokongan HDR dengan resolusi 4K tanpa mengira penggunaan HDR10 atau Dolby Vision.

Pun begitu, ciri ini hanya terhad kepada koputer Mac keluaran tahun 2018 dan keatas, dan tidak disokong oleh komputer Mac lama walaupun pengguna telah memuat naik sistem operasi MacOS Big Sur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami