Internet 1GB Percuma Kini Boleh Digunakan Sepanjang Hari

Mulai 1 Julai 2020 sehingga 31 Disember 2020, Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan TM akan menawarkan produktiviti internet percuma 1 gigabait (GB) setiap hari,

Kuota ini boleh digunakan sepanjang hari, bagi mengakses pelbagai perkhidmatan pendidikan dan produktiviti.

Pengumuman ini sekaligus memanjangkan waktu penggunaan yang sebelum ini hanya dihadkan dari 8 pagi hingga 6 petang yang diumumkan bermula 10 Jun.

Inisiatif bersama Internet Percuma 1GB setiap hari ini adalah merupakan sebahagian daripada Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami