iPhone 12 Mungkin Tidak Ada Pengecas Dalam Kotak

iPhone diketahui ramai antara pengeluar telefon bimbit yang paling hebat dalam skil pemasaran mereka. Sebelum iPhone 8, semua iPhone di pasaran hanya boleh dicas pada kelajuan 5W sahaja.

Ini menjadikan tempoh mengecas iPhone sangat perlahan. iPhone 7 Plus yang hanya berkapasiti 2900mAh mengambil masa selama 3 jam untuk dicas, sedangkan OnePlus 3T hanya mengambil masa 1 jam 30 minit sahaja.

Terbaru, Apple dikatakan akan mengambil langkah yang lebih drastik dengan tidak menyertakan pengecas pada kotak iPhone 12. Ini sama seperti kotak AirPods yang hanya menyertakan kabel Lightning sahaja di dalam kotak

Langkah ini menimbulkan keluh kesah di kalangan pengkritik teknologi, ada yang berpendapat tindakan Apple ini lebih sebagai usaha untuk mengaut lebih banyak keuntungan.

Bagi pihak aktivis alam sekitar pula, tindakan Apple ini dipuji kerana akan meninggalkan impak besar dalam usaha menyelamatkan alam sekitar. Hampir 300 ribu tan e-waste (sisa barangan teknologi) terhasil hanya dari pengecas di dalam kotak pada tahun lepas.

Langkah ini sekaligus akan menguntungkan syarikat pengeluar pengecas seperti Anker, Tronsmart dan UGreen. Apple juga akan mendapat untung kerana syarikat tersebut akan menyertai Program Made For iDevice (MFi). Ini adalah win-win situation.

Apa yang penting, jangan sesekali beli pengecas dan kabel yang tidak original. Beli iPhone mahal-mahal tak akan nak beli kabel lima ringgit ye dak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami