OnePlus Nord Sudah Boleh Di Pra-Tempah

OnePlus Nord adalah sebuah telefon pintar terbaru dari OnePlus yang bersedia untuk mencabar Pixel 4A dalam pasaran mid-range. Kedua-dua telefon ini tidak dilengkapi cip mercu seperti Snapdragon 865 sebaliknya hanya Snapdragon 730 dan 765G.

OnePlus Nord dijangka akan dilengkapi skrin bersaiz 6.4 inci dengan 90hz, bateri berkapasiti 4000mAh, dan minimum RAM 6GB.

Hari ini pusingan pertama pra-tempah OnePlus Nord sebanyak 100 slot habis dalam sekelip mata. Harga dijangka sekitar RM1500 – RM2400 dan mereka yang berjaya pra-tempah akan menerima hadiah istimewa dari OnePlus

Mereka yang berminat untuk pra-tempah boleh bersedia di pautan ini, pusingan kedua akan berjalan pada 7 Julai jam 4 pagi waktu Malaysia.

Jangan lupa kunci jam loceng anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami