Pelekat Beranimasi, Imbasan Kod QR dan Mod Gelap Ciri Terbaharu Whatsapp Web

Beberapa ciri-ciri baharu Whatsapp Web telah diumumkan Whatsapp untuk perkhidmatan permesejan mereka.

Antara ciri yang paling menarik perhatian ramai pengguna ialah pelekat beranimasi.

Selain dari emoji, pelekat beranimasi atau sticker turut menjadi trend pengguna Whatsapp.

Jika dahulu ciri ini hanya terhad kepada aplikasi Whatsapp di telefon pintar, kini pengguna Whatsapp Web juga boleh menggunakan pelekat ini.

Dalam masa yang sama juga, Whatsapp turut mengumumkan ciri mod gelap untuk pengguna Whatsapp Web.

Pengumuman tersebut turut merangkumi ciri terbaharu sokongan kod QR yang memudahkan pengguna menambah rakan baharu tanpa perlu menambah nombor telefon ke buku alamat terlebih dahulu.

Pun begitu, Whatsapp mengatakan ciri-ciri ini akan diperkenalkan kepada pengguna Whatsapp seluruh dunia secara berperingkat-peringkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bitnami