Papan Kekunci Dengan Permukaan Kaca, Rekaan Terbaharu Macbook

Menurut sebuah Apple Insider, butang papan kekunci laptop Macbook telah dipatenkan dengan permukaan kaca.

Pembaharuan yang dibuat oleh Apple itu secara tidak langsung dapat mengelakkan huruf pada setiap butang papan kekunci tidak terpadam atau haus walaupun telah digunakan beberapa tahun.

Rekaan terbaharu Apple tersebut memperlihatkan bahagian bawah papan kekunci yang diperbuat daripada plastik akan dilapik dengan satu permukaan kaca.

Ciri tersebut juga akan membuatkan pengguna Macbook menaip dengan lembut dan smooth.

Bagaimana pun begitu, dengan ciri dan rekaan premium tersebut, ramai pengguna meramalkan harga lebih tinggi bakal menemui pelanggan kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami