Reddit Akur Desakan Dunia, 2000 Subreddit Sebar Kebencian Dipadam

Reddit dalam satu kenyataan baru-baru ini menyatakan bahawa mereka telah memadam lebih 2000 subreddit yang menyebarkan kebencian dan melanggar terma syarat.

Pun begitu, Reddit menyatakan dari 2000 subreddit yang dipadam, masih terdapat 200 yang aktif.

r/The_Donald antara subreddit yang dipadam kerana perkauman dan menyebar kebencian. Akaun tersebut juga menjadi tempat pertemuan penyokong tegar presiden Amerika Syarikat yang ke-45, Donald Trump.

Isu tersebut dilihat lebih meruncing setelah pergerakan Black Lives Matter mencanak ke seluruh pelusuk dunia.

Sebelum ini, Reddit dilihat begitu keras kepala walaupun ditekan berkali-kali kerana mereka menyatakan kebebasan bersuara menjadi prinsip utama dan semua orang berhak menyatakan pendirian mereka di sosial media.

Setelah tekanan dan demi tekanan diberikan kepada Reddit, akhirnya mereka akur dengan desakan dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami