Apple Tidak Putuskan Rangkaian Perniagaan Bersama Intel Sepenuhnya, Bakal Meneruskan Sokongan Thunderbolt Melalui Mac


Apple nampaknya tidak memutuskan kerjasama dengan Intel sepenuhnya selepas pengumuman Apple Silicon pada WWDC lalu dibuat.
Pengumuman tersebut memberi gambaran awal bahawa cip pemprosesan Intel tidak lagi digunakan selepas ini.
Menurut sebuah laporan, walaupun Apple bakal tidak menggunakan lagi cip pemprosesan Intel, mereka tetap akan menggunakan Thunderbolt yang dibangunkan Intel sebagai penyokong piawaian.
Laporan tersebut membolehkan Intel menarik nafas lega kerana mereka tidak akan kehilangan kerjasama perniagaan dengan Apple sepenuhnya.
Intel dalam masa yang sama turut memperkenalkan piawaian Thunderbolt 4 yang menawarkan kelajuan pemindahan mencapai 40Gbps yang turut memudahkan pengguna menghubungkan kepada dua panel paparan 4K bersama satu komputer.
Dengan pengumuman ini, pengguna Apple masih dapat menggunakan aksesori dan panel paparan sedia ada bersama komputer baru keluaran Apple kelak.