Ciri Tersembunyi Apple Pay Pada iOS 14, Mungkin Dilingkapi Fungsi Pembayaran Melalui Imbasan Kod QR

Menurut sebuah laporan daripada portal 9toMac, Apple didapati turut melengkapi iOS 14 beta 2 dengan ciri imbasan kod QR pada pembayaran Apple Pay.

Ciri tersembunyi yang tidak diumumkan pada WWDC lalu didapati masih belum berpungsi sepenuhnya sekaligus diramal ianya pada tahap percubaan dan akan mula boleh digunakan pada masa akan datang.

Selain itu, ciri imbasan kod QR tersebut turut dikatakan akan mempunyai perkaitan dengan aplikasi pihak ketiga.

Para pengguna Apple Pay masih menunggu tarikh pengumuman ciri pengimbas kod QR tersebut diumumkan Apple secara rasmi dan dapat digunakan sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami